SURVEI

KHUSUS UNTUK PENGGUNA BAHASA MELAYU

Jika anda lebih selesa

menggunakan Bahasa Indonesia

Jika anda bersedia

untuk menyertai survei

Jika anda lebih selesa

menggunakan Bahasa Indonesia

Jika anda bersedia

untuk menyertai survei


MAKLUMAT PENTING MENGENAI SURVEI

Syarat-syarat Kelayakan:

  • Tidak pernah menyertai survei ini sebelum ini

  • Berumur 18 tahun ke atas

  • Berada di Brunei, Malaysia atau Singapura

  • Tidak mempunyai kesukaran melihat, mendengar dan menaip di media sosial

  • Selesa membaca/ menonton kandungan media sosial dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia setiap hari (berbanding dengan Bahasa Indonesia)

Accordion Example
Apakah tujuan survei?
Survei ini bertujuan memahami pengalaman dan pandangan anda tentang maklumat kesihatan dalam Bahasa Melayu di media sosial.
Siapakah yang mengendalikan survei ini?
Survei ini adalah sebahagian daripada kajiselidik yang dikendalikan oleh Wan Naszeerah, calon Doktor Kesihatan Awam di University of California-Berkeley dan pengasas bersama Projek Infodemik.
Apakah yang perlu peserta lakukan?
Peserta hanya perlu menjawab beberapa soalan dan menonton sebuah video pendek secara berterusan selama 30-45 minit tanpa bantuan, henti, atau gangguan.
Adakah peserta perlu membuat persiapan?
Tiada persiapan khas diperlukan. Namun, peserta akan diminta menggunakan earphone atau headphone untuk menonton video dan memberi perhatian penuh kepada survei selama 30-45 minit.
Adakah peserta akan menerima pampasan?
Sebanyak 20 peserta yang menyelesaikan survei akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah cabutan bertuah berupa gift voucher bernilai RM150 (untuk peserta di Malaysia) ATAU $50 (untuk peserta di Brunei atau Singapura). Jenis gift voucher bergantung pada ketersediaan di lokasi peserta, contohnya: Giant dan AEON bagi peserta di Malaysia.
Bilakah pemenang akan diumumkan?
Cabutan bertuah akan dijalankan 1-2 minggu selepas survei mencapai sasaran peserta dan ditutup. Pemenang akan dihubungi melalui emel (projek.infodemik@berkeley.edu) atau DM Instagram (@info.demik). Semua maklumat privasi akan dijaga, dan nama tidak akan diumumkan secara terbuka.
Bolehkah peserta dibantu oleh orang lain?
Tidak. Peserta perlu menyelesaikan survei secara sendiri. Jika terdapat masalah teknikal, sila hubungi kami melalui emel (projek.infodemik@berkeley.edu), laman web (www.infodemik.com), atau DM Instagram (@info.demik).
Accordion Example
Bolehkah saya mengambil screenshot atau berkongsi kandungan survei?
Tidak. Kandungan survei, termasuk video dan soalan, tidak boleh dikongsi, diambil tangkapan layar, atau dimuat turun sehingga survei tamat pada Mei 2025. Jika berminat untuk tujuan akademik, sila hubungi kami melalui emel (projek.infodemik@berkeley.edu).
Jika saya pernah menyertai survei tapi terpaksa berhenti awal, bolehkah saya mencuba lagi?
Tidak. Penyertaan semula tidak dibenarkan kerana pendedahan awal kepada kandungan survei boleh mempengaruhi jawapan anda.
Jika saya pernah menyelesaikan survei, bolehkah saya mencuba sekali lagi?
Tidak. Setiap individu hanya boleh menyertai survei ini sekali sahaja.
Adakah peserta perlu berkongsi maklumat peribadi?
Kami akan meminta maklumat seperti nama penuh, umur, tempat tinggal (negara/wilayah/daerah), emel, dan nombor telefon. Semua data ini akan disimpan secara sulit, dienkripsi, dan dimusnahkan selepas kajian selesai. Data anda tidak akan diterbitkan atau dikongsi kepada pihak lain.

Walaubagaimanapun, jika dikehendaki oleh undang-undang untuk tujuan audit atau pemantauan, pihak berkuasa dari University of California mungkin boleh melihat maklumat ini.
Adakah saya boleh berhenti pada bila-bila masa?
Ya. Anda boleh berhenti pada bila-bila masa jika merasa tidak selesa. Namun, penyertaan semula selepas berhenti tidak dibenarkan untuk menjaga ketepatan kajian.
Adakah maklumat lain yang perlu saya ketahui?
Maklumat lebih lanjut akan dikongsi selepas kajian tamat pada Mei 2025 melalui laman web kami: www.infodemik.com.Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai hak anda sebagai peserta, sila hubungi Pejabat Jawatankuasa Perlindungan Subjek Manusia di University of California Berkeley melalui +1-510-642-7461 atau subjects@berkeley.edu.

Jika anda lebih selesa

menggunakan Bahasa Indonesia

Jika anda bersedia

untuk menyertai survei

PERTANYAAN ATAU MAKLUM BALAS?

Sila hubungi kami melalui borang di laman web ini, emel (projek.infodemik@berkeley.edu) atau Instagram (@info.demik).

PERTANYAAN ATAU MAKLUM BALAS?

Sila hubungi kami melalui borang di laman web ini, emel (projek.infodemik@berkeley.edu) atau Instagram (@info.demik).

Projek Infodemik

Bersama Untuk Masyarakat

Sihat/ Sehat di Era Digital

projek.infodemik@berkeley.edu

Projek Infodemik

Bersama Untuk Masyarakat

Sihat/ Sehat di Era Digital

projek.infodemik@berkeley.edu

© 2024 Projek Infodemik. Semua Hak Cipta Terpelihara.